Monday, 27 January 2014

Info Homeophaty

Mengenali Ubat Homeopathy
Perubatan Homeopathy adalah berlainan benar dengan cara perubatan yang lain. Tujuannya adalah untuk memberikan kesembuhan yang sebenar-benarnya. Mengikis dan menghilangkan penyakit itu dengan sempurna. Homeopathy ialah diasaskan di atasundang-undang tabi’i atau natural law yang telah ditetapkan oleh Tuhan yang tidak akan bertukar dan berubah-ubah.
Ubat atau penawar Homeopathy itu bekerja segera atau memberikan kesembuhan disebabkan kuasa penyembuhan itu bergantung kepada kuat atau lemahnya kuasa hayat seseorang itu. Ramai yang tidak faham bagaimana rawatan Homeopathy boleh mengubat jiwa, menguatkan jiwa yang lemah dan menghilangkan perasaan sedih, mengubah watak yang baran, merawat anak-anak yang bebal dan sebagainya. Sebenarnya setiap penawar Homeopathy ada profile emosi dan psikologinya tersendiri dan mampu mengubah watak dan perangai yang bermasaalah.

Bagaimana Ubat Homeopathy Bertindak?
Masyarakat hari ini sentiasa menganggap bahawa sesuatu yang pahit itu biasanya ubat. Tetapi hakikatnya, tidak semua ubat itu pahit. Dalam perubatan Homeopathy, ubat-ubat yang lumrahnya disebut penawar kebanyakannya rasa manis.Kalau diperhatikan betul-betul, kita dapati hampir 99 % ubat Homeopathy terdiri dari ubat-ubat yang manis dan mesti dimakan secara hisap, kemam, kunyah atau digigit.


Tentang penawar yang manis ini, dinyatakan dalam al-Quran, maksudnya: “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat-ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir….” (an-Nahl, 69)

Setelah satu-satu ubat atau remedy di makan oleh pesakit, sudah pasti ubat-ubat itu akan bertindak bekerja di dalam badan orang yang memakannya. Sepertimana satu benih yang ditaburkan ke tempat yang sesuai, ia akan tumbuh dengan baiknya. Begitu juga jika seseorang memakan satu-satu ubat, ubat itu sudah pasti akan bertindak memberi tenaga penyembuhan kepada VITAL FORCE atau KUASA HAYAT.

Setiap ubat Homeopathy, wajib dipotensised supaya kuasa racun atau kimia pada ubat terhapus dan tinggal hanya kuasa ubat . Setiap satu ubat Homeopathy mengandungi tidak lebih dari 0.0000000000000001mg kandungan bahan aktif ubat atau lebih dikenali sebagai 10_60. Walaupun teori ini dipertikaikan oleh ahli perubatan biasa (allopathy) yang menyatakan bahawa ukuran ubat Homeopathy dibawah ukuran Avacado dan tidak mempunyai nilai perubatan , namun doktor-doktor Homeopathy telah membuktikan bahawa kaedah ukuran ubat dalam Homeopathy memang tepat dan sesuai digunakan pada vitaliti manusia yang halus dan berseni, dan berupaya pula menyembuhkan berjuta-juta manusia sejak lebih dari 250 tahun yang silam.


Kenapakah Ubat Homeopathy Tidak Boleh Ditelan?
Sebabnya amat mudah, ubat-ubat Homeopathy adalah selembut sutera dan kandungan bahan aktif pada ubat-ubat Homeopathy terlampau halus, sekadar untuk penyerapan ditisu manusia sahaja. Setiap bahan ubat mengandungi 0.0000000001mg atau 10-60.

Mengikut teori Homeopathy bahan aktif yang kuat akan memusnahkan sel-sel dalam badan sehingga menimbulkan banyak kesan sampingan, tetapi ubat yang sama jika diadunkan mengikut kaedah Homeopathy, dimana bahan aktif ubat akan dilarutkan dengan air sulin dalam nisbah 1 titik bahan ubat dicampur pada 99 titik air sulin ( 1: 99 ) dan dibacuh sehingga betul-betul larut, untuk menjadikannya 1 centicemal potensi.

Untuk dijadikan 2 c potensi, hendaklah diambil 1 titik ubat yang telah dilarut tadi dan dicampurkan pula dengan 99 titik air sulin dan digoncang sebanyak 100 kali untuk dijadikan 2 c potensi. Begitulah seterusnya sehingga tercapainya 30c potensi atau 200 c potensi.

Sebab terlampau halus bahan ubat pada Homeopathy, makan ubat-ubat Homeopathy, tidak boleh ditelan atau dimakan bersama dengan teh atau kopi kerana dikhuatiti ubat Homeopathy akan menjadi tawar atau anti-dotal. Oleh itu setiap ubat Homeopathy dikehendaki makan secara oral iaitu secara hisap, kemam, gigit atau kunyah supaya ubat-ubat tersebut dapat diserap melalui saraf-saraf dibawah lidah pesakit. Dengan itu kesan ubat Homeopathy akan lebih cepat untuk mencapai penyembuhan.


Benarkah Ubat Homeopathy Lambat Bertindak?
Tidak benar ! Sebenarnya ubat Homeopati cepat bertindak atas sesseorang pesakit, jika ubat yang diberikan itu sesuai dan serasi dengan pesakit.

Contohnya jika pesakit datang dengan aduan penyakit akiut seperti muntah-muntah atau cirit-birit, sakit mata, sakit perut, jika diberi ubat-ubat Homeopati yang serasi, pesakit akan merasa lega dalam tempuh beberapa minit sahaja.

Yang menjadi masalah, ialah penyakit kronik, dimana pesakit mengalami masalah penyakit yang sudah lama, sampai ada yang mengalaminya sejak 5 tahun, 10 tahun dan 15 tahun. Mereka dah berubat dimerata tempat dan berjumpa dengan banyak specialist tetapi tidak juga baik. Mereka datang kepada Homeopathy dan mencuba ubat-ubat Homeopathy, tetapi bila dimakan dalam 2 hingga 3 minggu, mereka sudah menyatakan tidak ada apa-apa penyembuhan. Masa kan penyembuhan begitu pantas ? Sedang penyakit sudah dialami sejak 10 tahun.

Biasanya doktor Homeopathy hanya meminta sabar dan meneruskan makan ubat-ubatan Homeopathy selama 6 bulan atau 1 tahun, barulah ada penyembuhan. Tetapi mereka kata tempuh begitu sangat lama. Tetapi jika dibandingkan dengan penderitaan dengan penyembuhan dalam rawatan Homeopathy ternyata - rawatan Homeopathy memang cepat bertindak, nisbah masa kesakitan dan masa berubat. Ini membuktikan bahawa rawatan Homeopathy jauh lebih baik dan cepat berhasil dari rawatan lain. Kalau dipakai ratio, nisbahnya  1 : 11. Begitu juga penyakit gastrik, pepptik ulser dan sebagainya.


Rawatan Homeopathy Dan Tenaga Hayat/Vital Force
Dalam pengajian Homeopathy, kita menekankan penyembuhan kepada akar umbi penyakit. yang sakit itu manusia, maka Homeopathy harus mencari punca penyakit dan cuba sedaya upaya membetulkan keganjilan perimbangan pada tubuh badan manusia yang ditunjukkan melalui tanda-tanda kesakitan. Jika punya penyakit sudah dijumpai, ubat Homeopathy yang serasi harus diberikan sepada pesakit tersebut agar ianya mengembalikan tenaga hayat yang terhakis dalam badan yang dikenali sebagai penyakit.

Dalam Homeopathy penyakit , bukanlah apa-apa, melainkan, ianya adalah gangguan tenaga hayat atau tenaga hayat yang tidak stabil, maka timbulah apa yang dikenali sebagi penyakit. Ubat-ubat Homeopathy yang halus dan berseni amat sesuai diserap dalam badan manusia yang lemah agar ia cepat segar dan sihat.


Arah penyembuhan Penyakit / Direction Of Cure
Dalam Homeopathy, setiap doktor harus memahami bagaimana ubat bertindak dan bagaimana penyakit keluar dari badan. Asas teori penyembuhan dalam Homeopathy ialah: Dari Atas Kebawah, Dari Dalam Keluar, Dari Organ Penting Kepada Organ Kurang Penting, Dari Kanan Ke Kiri. Sebarang ubat-ubat sapu tidak boleh digunakan dalam Homeopathy kerana ia boleh memendapkan penyakit kedalam.

Ubat Homeopathy Tiada Unsur Racun
Perubatan Homeopathy menjadi salah satu kaedah rawatan yang semakin menjadi pilihan, terutama selepas pesakit gagal menyembuhkan penyakit mereka melalui kaedah perubatan biasa.Bagaimana pun, masih ramai yang tidak tahun atau kurang faham apa sebenarnya kaedah perubatan Homeopathy dan bagaimana ia berbeza dengan kaedah perubatan biasa.

Sejarah Homeopathy bermula apabila ia diasaskan oleh Dr Samuel Hanemann dari Jerman pada 1810.
   "Jadi, perbezaan utama Homeopathy dengan perubatan biasa ialah Homeopathy tidak menggunakan dadah dalam semua jenis ubat-ubatannya, sebaliknya hanya menggunakan bahan semula jadi berasaskan herba dan tumbuh-tumbuhan, " katanya.

Selepas diperkenalkan, perubatan Homeopathy terus berkembang dengan meluas di Amerika Syarikat, Eropah, Amerika Latin dan Perancis. Di Asia, India dan Pakistan, perubatan Homeopathy turut diamalkan secara meluas kerana ia mampu menyembuhkan penyakit kronik yang sukar dipulehkan melalui perubatan lain atau allopati.

Di Malaysia, Homeopathy mula diperkenalkan oleh tokoh nasionalis Melayu Dr Buhanuddin Helmy pada tahun 40'an, namun amalannya lebih bersifat kecil-kecilan dan tidak meluas.

Disebabkan bahan untuk membuat ubat Homeopathy adalah berasaskan herba, ubat Homeopathy tidak mempunyai kesan sampingan kepada pesakitnya.

Keistimewaan Ubat Homeopathy  
  • Ubat Homeopathy lembut dan mesra alam, ia tidak mempunyai sebarang unsur racun kerana sudah dibuang melalui satu proses yang dinamakan 'potentisation'.


  • Tablet yang digunakan diperbuat daripada susu kambing dan glukosa. Jadi, ia manis dan boleh dimakan begitu sahaja seperti gula-gula. Ia tidak pahit seperti ubat biasa yang mengandungi kandungan dadah yang tinggi.


 Kelebihan Rawatan Kaedah Homeopathy  
  • Homeopathy Berasaskan Kesembuhan Secara Natural
  • Tiada Kesan Sampingan
  • Tiada Dadah Dan Overdose
  • Tiada Steroid
  • Tiada Bahan Kimia
  • Sangat Berkesan Dan Selamat Digunakan
  • Penjimatan Dan Mudah Digunakan
  • Mesra Alam


Perkembangan Rawatan Homeopathy Terkini
Kesedaran dan minat dunia untuk kembali ke pangkuan Homeopathy  merupakan fenomenon terbaru dan bermula hanya di tahun-tahun 1970an. Antara faktor-faktor yang membawa kepada perubahan  ini ialah: 

  • Kesedaran yang meningkat di kalangan masyarakat terhadap keupayaan ubat-ubat alopati, ketagihan dan kesan sampingannya.
  • Kemunculan penyakit-penyakit baru yang menambah jumlah penyakit yang tidak dapat ditangani.
  • Kos ubat-ubatan dan rawatan konvensional yang semakin meningkat.
  • Keprihatinan masyarakat terhadap pemakanan, latihan jasmani dan pencegahan.
  • Penggunaan binatang dalam kajian  dan penyelidikan perubatan moden.
  • kecenderungan masyarakat kembali kepada kesihatan tabii.
  • Keinginan individu kepada perhatian dan mendapat rawatan secara holistik.


Dengan kesedaran itu, tepatlah seperti kata-kata yang  pernah disebutkan oleh Dr. Hahnemann tentang tugas seorang  perawat, iaitu: “setinggi-tinggi dan satu-satunya tugas seorang doktor itu ialah mengembalikan orang-orang yang sakit kepada sihat.”

Justeru Rasulullah SAW turut bersabda: “Berubatlah kamu, kerana Allah tidak menaruh sesuatu penyakit melainkan menyediakan ubatnya, kecuali satu penyakit, iaitu penyakit tua.”


Tuesday, 16 August 2011

Khasiat Kurma, Kismis & Madu

Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."


Kebaikan kurma ketika mengandung dan bersalin

·         Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti.
·         Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.
·         Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.
·         Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah.
·         Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.


1)    KURMA

·         Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

·         Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan

·         anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

·         Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

·         Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

·         Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".


2)     KISMIS

·         Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

·         Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

·         Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

·         Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

·         Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".


3)     MADU

·         Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

·         Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

·         Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

·         Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

·         Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

·         Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".

·         Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Wallahu a'lam.

Wednesday, 3 August 2011

Golongan wajib bayar fidyah puasa

1. Mereka yang melambatkan qada' puasanya hingga melangkah ke tahun yang berikutnya dikenakan denda membayar fidyah dan wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan.

2. Uzur menunaikan puasa wajib. Golongan ini terdiri daripada mereka yang sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Kadar fidyahnya ialah sehari secupak makanan kepada fakir miskin.

3. Perempuan yang hamil dengan syarat dibimbangi keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan fidyah dan juga wajib mengqadakan puasa yang ditinggalkan.

4. Ibu yang menyusukan anak dengan syarat dia berasa bimbang puasa akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya. Maka wajib baginya mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu serta membayar fidyah.

5. Orang yang telah meninggal dunia. Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

Membayar fidyah ertinya memberi orang miskin makanan sebanyak satu mud untuk satu hari tidak berpuasa pada bulan Ramadhan. Jika tidak berpuasa sehari, fidyahnya satu mud. Jika dua hari, fidyahnya dua mud, dan seterusnya.

Mud adalah ukuran isipadu (bukan berat) yang setara dengan isipadu 544 gram gandum (al-qamhu). [Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi Daulah Al-Khilafah, hal. 62].

Menurut jumhur ulama, fidyah dibayar dalam bentuk makanan asasi pada suatu negeri (ghaalibu quut a-balad). Jadi di Malaysia, fidyah dibayar dalam bentuk beras, yang isipadunya satu mud.

Apakah fidyah boleh dibayarkan dalam bentuk wang?
Menurut ulama Hanafiyah, boleh dibayarkan dengan nilainya (qiimatuhu), iaitu dalam bentuk wang yang setara nilainya dengan makanan.
Manakala menurut ulama jumhur (Malikiyah, Syafi’iyah, Hanabilah), tidak boleh dibayar dengan nilainya. Fidyah mesti diberi dalam bentuk makanan (beras).

Biasanya pusat pungutan zakat menerima bayaran dalam bentuk wang tetapi menyampaikannya kepada fakir miskin dalam bentuk beras.
.
Jika Tidak Mampu Membayar Fidyah. Jika pada Ramadan tahun lalu dia di dalam keadaan tidak mampu (miskin atau fakir), maka dia tidak wajib membayar fidyah. Inilah pendapat Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Majmu’ Syarah Muhadzdzab, iaitu gugurnya kewajiban fidyah bagi orang yang tidak mampu. Pendapat ini disepakati juga oleh Ibnu Hajar.

*
Atrikel berkaitan fidyah :

Ustaz Nor Amin - Pengiraan bayaran fidyah puasa

Halaqah.net - Forum mengenai fidyah

Kelebihan Bulan Ramadhan

Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah" (HR Ibn Hibban)

Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)

Nabi saw. bersabda, "Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji." (HR Bukhari)

Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada
tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (al-Qadr:1-5)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, akan diampun dosa-dosanya yang lalu." (HR Muslim)

Kelebihan Puasa

Nabi saw bersabda, "Setiap amalan baik anak Adam adalah untuk dirinya, setiap kebaikan digandakan dengan sepuluh kali ganda bahkan sampai seratus kali ganda. Allah berfirman; kecuali puasa; ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan juga minumnya demi Aku. Untuk setiap orang yang puasa ada dua kegembiran; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah. Perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik bagi Allah di bandingkan wangian kasturi". (HR Bukhari dan Muslim).

Nabi saw bersabda, "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir". (HR Bukhari)

Nabi saw bersabda, "Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka." (HR Ibn Majah)

Nabi saw bersabda, "Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit".(HR at-Tirmizi)

Nabi saw bersabda, "Bukanlah puasa yang sebenar orang yang hanya tidak makan dan tidak minum, puasa yang sebenar adalah orang yang tidak melakukan perbuatan dan perkataan yang lagha (sia-sia) dan tidak bercakap perkataan yang keji." (HR Hakim, Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Nabi saw bersabda, "Apabila seseorang berpuasa, maka janganlah dia mengucapkan perkataan yang kotor dan jangan pula bertengkar. Sekiranya dia dimaki oleh seseorang atau diajak bergaduh maka hendaklah dia berkata: "Sesungguhnya saya sedang berpuasa." (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw bersabda, “Sesiapa yang tidak meninggalkan cakap bohong dan berkelakuan buruk ketika berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah, baginya hanya lapar dan dahaga sahaja.” (HR Bukhari)

Nabi saw bersabda,, "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan sungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu".(HR Bukhari)

Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut Pintu Rayyan. Semua orang yang berpuasa akan memasukinya pada hari kiamat dan tidak dibenarkan sesiapa pun selain daripada mereka memasukinya. Lalu dikatakan: "Di manakah orang yang berpuasa?" Lantas mereka pun berdiri dan tidak ada seorang pun yang dapat masuk selain orang yang berpuasa. Apabila sekalian orang berpuasa telah masuk, maka ditutuplah dan tiada seorang pun yang dapat memasukinya." (HR Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Umamah ra, Aku bertanya kepada Rasulullah saw, "Tunjukkan aku satu amalan yang membolehkan aku masuk syurga". Rasulullah saw bersabda: “Hendaklah kamu berpuasa, tiada lagi yang seumpamanya”. (HR Ibn Hibban)

Nabi saw bersabda, “Puasa adalah perisai yang akan melindungi seseorang daripada api neraka”. (HR Ahmad)

Nabi saw bersabda, “Tidak ada seorang hamba yang berpuasa sehari di jalan Allah kecuali Allah akan menjauhkan dia dengan api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun perjalanan”. (HR Bukhari dan Muslim)

Fadilat Ramadan


Terdapat banyak ruang dan peluang bagi kita untuk rebut sempena bulan Ramadan kali ini. Antara kelebihan bulan Ramadan yang disebutkan di dalam hadis adalah seperti berikut:

Dari Salman r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada kami pada hari terakhir bulan Sya'aban:

"Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang dalam bulan itu tedapat satu malam (Lailatulqadar) yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang Allah telah menjadikan puasa pada siang hari sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malam hari (berterawih) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah pada bulan itu dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu pada bulan itu adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain.

Bulan itu adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Bulan itu adalah bulan simpati, bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya. Para sahabat r.an.hum lalu berkata,"Bukanlah setiap daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa." Maka Rasulullah s.a.w. bersabda,"Allah memberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka."

Bulan itu adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya merupakan rahmat, pada pertengahannya merupakan keampunan dan pada akhirnya merupakan kelepasan daripada neraka. Sesiapa yang meringankan bebanan hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah dan akan dilepaskan daripada azab api neraka.

Perbanyakkan pada bulan ini empat perkara. Dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu perlukan. Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain daripada Allah (La ilah ha illa Allah) dan kamu boleh memohon istighfar daripadaNya. Manakala dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukan ialah memohon syurga daripada Allah dan meminta perlindungan daripada api neraka.

Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa, maka Allah akan memberinya minum dari telagaku (pada hari kiamat), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga.

(Riwayat Ibnu Khuzaimah, Al-Baihaqi dan Ibnu Hibban)

Wallahua'lam.

Wednesday, 13 July 2011

Hadis yang Menarik

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :

 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
 
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'
 
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
 
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'
 
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ....

Template by:

Free Blog Templates